Monday, February 10, 2014

2014

Assalamualaikum.

eh, Happy new year..Selamat Tahun baru 2014!! Dan ini entry terbaru di tahun baru. Sori. Lately sangat busy. Macam macam yang berlaku tapi itulah perjalanan hidup. Dan yang pasti setiap langkah punya cerita. Langkah kita berbeza, dan story line pun pasti berbeza.

Azam ? entah . Takut keciwa. Lebih selesa ikut arus. Redha . Redha dengan segala kemungkinan setelah aku usaha keras untuknya. Moga moga doa didengari tuhan.

Hati ? Sedang mengenali seseorang. Seseorang yang sudah lama kenal, tapi ta mendalam. Makin kenal, makin cinta , makin sayang , makin rindu. heeeeee.

Kerja ? macam biasa. Banyak. Sampai aku lemas. Sampai ta cukup tangan. Kalau kaki bole taip, mmg da lama guna. Pastu mesti aku masuk guiness of record. Over kan aku.

Sebenarnya aku masih nak menghadam perjalanan yang di tulis tuhan. Pantas . Sampai kekadang aku ta cukup nafas. Bangun tido asyik nak menampar diri sahaja. Sebab sungguh aku rasa masih di alam mimpi..Kalau ini mimpi jangan kejut aku bangun, kalau ini di alam nyata..syukur padaMu ta terhingga. Ah puitis sangat.

Rasa mcm fairytale.

P/s Lokman. Semoga saya ye SAYA pelengkap tulang rusuk awak tu.heeee.


Tuesday, November 26, 2013

Ninetechlogy U9X1


Salam.

Hari yang penuh hectic tapi mengadew nak update blog. Konon nak release tensen dengan pelbagai ragam manusia sepanjang minggu lepas..Customer always right katanya. Kataku pula, Customer are our priority but not always right..kahkahkah.

So, ada seorang kawan yang telah membeli smartphone ninetechnology U9X1 ni. Nama x pulak nak gempak. Nama Nine tu mengingatkan aku kepada Nine phyne ballerz "jangan pisahkan aku dan dia, tuhan tolonglah, ku cinta dia, biarkan kami tetap bersama di dalam suka dan duuukaaaa". Dengan pakai kaca matanya, handsome siakk.

Features dia sama jak dengan smartphone yang lain, tapi xbestnya camera dia ta se kacak samsung punya smarphone. Well dear, kalau pompuan yang beli, mesti la nak selfie lebih khennnn. So aku try la camera dia, mana tahu rezeki lebih bole iols beli. Tapi ta berapa mengangumkan sangat la..bolelahh..






Taken by ninetechnology. No filter . No 360 camera. But still just nice..Puji diri sendiri nampak kak bedah oii.Kening tak tebal pulak..kehkehkeh..ku mencoba nak buat kening, tapi ta lepas lepas plak.





Disclaimer: I received the product reviewed from the company in exchange for my honest review. All opinions expressed in this review are my own and may differ from yours.


Saturday, November 9, 2013

Review Produk dan Menjual : Flawless Set / Adira whitening


Salam cek mek molek.

#sayajual.






Setelah beberapa bulan menggunakan Flawless set / Adira whitening ni. Itu wajah sebenar tanpa mekap dan edit . Masa ni aku tengah mengalami batuk yang teruk tu yang kohkohkoh.

Aku suka tengok kecantikan asli, dan sekarang aku tengah berjinak jinak kuar tanpa bedak compact, kuatkah aku ? oh nooo. getus ku.

Tapi dengan izin tuhan dan ada flawless set / Adira whitening ni , masalah sudah selesai..yeehuu.. kuarla aku cuma pakai serum ADHA dan juga day cream Flawless set / Adira whitening ni.





Abaikan mata yang rabak itu, sebb ta cukup tido pastu pegi tengok wayang cita hantu. Ada aku kisah.???
Untuk medapatkan effect yang glow macam tu , aku campurkan sedikit serum Adha dan pelembab. So here we gooooo..ale ale ale.










So far , Alhamdulllah sangat sangat .

Flawless Set / Adira Whitening ( free masker organic ) = RM70 include Postage.

To order , kindly wassap : 019 7258264

Tuesday, October 8, 2013

My skincare routine #Girlish mode ON.


Assalamualaikum.

Aku wanita biasa yang suka pegi pantai , berjalan terik di bawah matahari semata mata nak beli keropok basah , yang menyeberang jalan sambil terkena debu debu lori semata mata nak pegi atm machine, kekadang aku suka berjalan tanpa sebab tetiba ja terjumpa kedai tudung lalu membeli tanpa perasaan. Melankolik sangat hidup aku .

So bila hari hari itu berlalu, kadang kadang , kulit wajahku terbakar tanpa disedari, sebab terlalu excited jalan tengah panas. Jerawat pula sibuk nak tonjolkan diri bila aku dok sibok berangan nak goda fairus hamsani.eh? kekadang, whitehead dan blackhead muncul bila aku tatap wajah dekat dekat dengan cermin. Motip sangat la kan.

Its make me so stress sebab nak ngadap customer. Weyh konfiden takda tau bila jerawat kau tetiba muncul dan customer kau kacak. Terpaksala aku membuat keje keje production di belakang. Hahaha .

So, how do i avoid this kind of thing?

Choose your right facial form and toner.

Aku jarang sangat pakai toner. malas nak beli kapas muka. tu ja alasan aku. haha . Hari tu muka aku teruk gila kene surnburn. Hitam sangat . pedih ja muka. Dah la nak raya. Redha sesangat. Sampai gambau raya pun malas nak ambil.

my sister suggest this thing :

Testimonial depan mata, kakakku punya kulit sangat milky. Cantik bebenau . Nyampah . I is jeles, terus lari pi watson beli. Terus beli 3 pack kapas muka..Setahun bole guna..kahkahkah.






Untuk melembapkan kulit muka , yela aku kan keje ber aircond , kulit muka bole jadi kering kekdahnya. Tapi sebenarnya aku jatuh cinta dengan iklan produk nih..berdarah hidung tengok. Aku cuma pakai waktu nak tidur, tu pun sikit ja. Dap dap sudah. Bole tahan juga regenya, tapi bertahan makan tahun jugalah. Jangan pakai setiap hari nati kang berminyak naik jerawat pula. Apply bila perlu sahaja. My feveret moisturiser goes to : Hada labo super hyluronic acid.





Oh jerawat!! how do i do ??? Sebenarnya jerawat ni bagus sebab salah satu cara kita buang toksik sebenarnya..Tapi kalau banyak jerawat kat muka bole mendatangkan marah juga. Dahi aku sangat luas, dan masa aku tingkatan 3, satu dahi aku penuh giler jerawat. i was like...waaaaaaa...its just hormon..hormon..hormon...sedapkan hati. Luckly , masa form 4 until now, kalau tumbuh jerawat pun cuma seketul dua sahaja, tu pun nyorok nyorok..Lucky me. Tapi kalau tumbuh di wajah , aku cepat cepat tepek flawless set night cream. Esok pagi dah susut, yeayy..suka.

Bibir juga penting dong..aku suka pakai lipstik yang natural tapi ada moisturiser jugak..aku pakai sendayu tinggi punya brand tapi bila aku cari dah xde plak, aku tukar dengan dherbs terlajak laris iaitu dherbs lipstick extrak delima collagen giteww. Mungil hasilnya.

Sekali sekali aku ber mask juga.Pilihan aku cuma satu, masker organik by me..Ala beras tu kau rendam semalaman, then tumbuk bagi hancur, keringkan. Tepek kat muka bila perlu sahaja.


Last but not least..kenang daku dalam doamu.hewhewhewhew











Tuesday, September 24, 2013

2be gorgeous fiber product review

Assalamualaikum.


Hai kawan kawan sekalian, hmm sedapnye bau burger nih. Mengoncang jiwa fana ku ini. Bertahan noraini. Ingat, kau kan nak pakai baju cecantik pastu feeling2 victoria beckham ambil gambar. Wah curlass impian kau. Gitew.

Harini aku nak review satu produk yang meletops gitew. Produk nyah toksin tersedap di malaysia. Katanya.

Rasanya 2be gorgeous fiber ni dah well known di arena produk produk kesihatan dan perlangsingan di malaysia ini. Katanya , 2be gorgeous fiber ni adalah salah satu produk untuk digunakan untuk menyahtoksinkan toksin toksin degil yang ada dalam badan kita.Gitew. So kalau korang makan ubat kurus Advanced Slim atau DR Rozmey sekalipun kalau badan banyak toksin memang tak kuruih la..

Kiranya kalau korang nak kurus, u must detoks first. Buang yang takmoh yang toksin toksin tu then baru bole ambil ubat kurus. Tak membazir sangat la kan nati..Beratus duit abes, tapi ta kurus kurus jugak. Sakit hati kitew tau.

Mari kita bercakap pasal rasa 2be gorgeous ni. Rasa dia plain je kot aku rasa. Sebab Seller tu tak guard aku camna nak guna, manalah aku tahu kan. Manala tahu kene campur dengan susu ka, horlicks ka, aku bubuh plain , so rasa plain ja la. So ianya agak likat sikit..smoothie sangat la kan..To be honest, nak dapatkan rasa yang diperkatakan tu, korang kene campur dengan perasa, barulah berasa.


Aku buh dengan horlicks, so rasa dia sedap. macam nestum ja..sedap sedap..Jangan risau khasiat tetap terjaga insya allah. Dinasihatkan supaya ambil 2be gorgeous setengah jam awal, sebelum sarapan pagi..disebabkan ianya dari kelas fiber, 2be gorgeous bole dijadikan makanan gantian untuk korang yang tengah berdiet. Sebab bole buat kenyang. kenyang oi.

Bukan sahaja bole buat kenyang , tapi bole pinkish kan kulit muka kau.




Aku baru consume beberapa hari, aku consume sebab nak healing kan kulit muka sebab before this, muka aku sunburn kau, sedih aku. Alhamdullilah. See merah merah tu ?





Mak ta pakai camera 360 hokey. Memang kenyang kot aku, biasa sarapan aku makan kol 9.30 pagi 1 hour before, aku consume, kang pukul 2 baru lapa lapa manja.

Aku penah buat detoks blender sendiri. Memang ohsem. Rasa sedap sebab aku letak saderi+apple+halia. Memang detoks habis. Masalahnya, aku selalu kembong perot pastu..Pas habis satu botol aku gtau ya resultnya. Bertahan atau nan hadooo?

kang kalau ada produk yang nak suh aku review, bole sahaja. email ja aku. Free aku bagi.

Thursday, August 29, 2013

Teman baikku adalah Ex Boyriend ku

Assalamualaikum.

Kadang kadang hubungan ini disalahertikan oleh orang luar yang tidak cuba untuk memahami hubungan ini. Kata mereka bila kasih sudah terlerai, bila cinta sudah mati buat apa mahu punya kaitan lagi. Walau aku cuba untuk ke sejuta kali pun untuk tamatkan ini, tapi aku tidak pasti kenapa chemistry kami kuat sekali.

kami saling mencari jika kami punya masalah peribadi, tapi yang banyaknya aku la. Aku kan emosi lebih. Kami pernah bercinta , dan kami pernah putus cinta . Aku pernah menghilang kan diri untuk beberapa tahun. Jejakku kemas aku tutup, tak tahu la macam mana dia mencari. Dia bilang mahu berkahwin. Suruh aku datang makan makan. Aku pernah benci dia. Sebab dia perosak jiwa. Dahla merobekkan hati aku, lepastu mau aku ke hari bahagianya. ahh mana mungkin.

Lama, lama aku berdiam . Takku tonjolkan muka kerna aku mahu dia mengecap bahagia . Aku sudah kuat, sudah kuat untuk menghadapi hari muka tanpa dia. Tapi kenapa bila aku sudah pulih kau datang mencariku ? Kenapa ? Apa salahku ? kenapa kau ta pegi sahaja menyulam bahagia dengan halalmu ? kenapa mesti mahu cari aku ?

Dan dia tidak bole kehilanganku, mahuku sentiasa dipandangan dia. Sudah puas dia mencari ku, tak mahu aku lari lari. Penat kata dia. Aku selalu igtkan , kau sudah berkahwin punya anak dan punya isteri untuk apakah aku ini ? Bagilah aku kecapi kebahagian sendiri. tolong aku sudahkan episod kita ini.

Tapi bilaku cuba memahami hati, memikirkan rasa hati, lalu aku buat keputusan. Ya . marilah kita sekadar berkawan. Mungkin kita selayak berkawan menjadi sahabat dan pendengar yang baik, pembahan , Pemkentut. , Penganjing , Pemberi nasihat , dan pem pem yang lain.

Perasan kami sangat neutral sekarang. Tiada rasa cinta lagi..Dia orang pertama yang aku cari untuk mencurah rasa hati, dan dia mengajar jangan benci lelaki. Bila aku sedih dan gembira aku selalu cari dia untuk berkongsi rasa ini bersama.


Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…




Quick Tip # Perut kembung

Assalamualaikum.

Windunya titew nak tulis kat belog nih. Nak tulis ja, banyak betol halangannya, walau titew sedar xde sapa yang membacanya.wakakaka. Ini kalau ada kategori belog syok sendiri mau bole top5 nih.

Hari ni , kita nak bagi tips kalau awak awak semua kembung atau masuk angin *bajet diet xnak makan nasi , pastu masuk angin. Ni tips untuk orang dewasa. Kanak kanak i tak tau yang i tau letak minyak thelon atau minyak yu yi. Sapu kat perut dan di tapak kaki . Ok then.


Semalam, eh dah 2 hari aku kembung perut. Sendawa dan kentut2. Tapi sakit perut tu mak aii. Mak aii x rasa , ai je yang rasa . Mencucuk cucuk. Tertonggeng tonggeng. Letak minyak dah macam hapa, tapi tak hilang juga. Ai is menanges . Dah la ai tengok running man, Seksa tau nak ketawa bila perut sakit. Rasa macam nak terburai pun ada. Ai pun masuk dapur tengok apa yang ada, takkan ai nak makan nasi tengah malam buta kan, abes diet ai. Ai selongkar lemari es a.k.a peti ais, atau kami panggil esbox, wahhh, mata bersinar dengan penuh harapan , ada sunsweet prunes. Ai xde choice masa tu, ai fikir untuk alas perut sahaja, dan ai pun makan 5 biji atau 6 , eh ta igt la, sebb ai makan sambil tengok tv. Miraclenye , tetiba ai rasa sangat la lega. Siap practice tau, perut tu. wahhhhh. Perut dah okay, dan ai bole layan running man dengan double gembira. Dan ai bole tido dengan lenanya..

Ai search dekat internet kebaikan dia, ini yang ai dapat.

  • antikaser
  • mengurangkan risiko osteoporosis
  • antioksidan/penuaan
  • melancarkan sistem penghadaman
  • kaya dengan vitamin
  • bagus untuk pengamal diet seimbang
  • dan lain-lain





Its true.!!! MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN uolsssss.