Friday, April 1, 2011

~terus terang aku rasa kehilangan~

tak tau kenapa arini, aku asyik berangan, berangan dan terus berangan.hampir aku terbabas tadi, nasib baik aku sempat tekan lonceng loceng (sampai sekarang aku keliru dengan sebutan tu (-_-").kalu tak mau aku ke dol tomyam lagi.mood untuk entry ini mungkn agak sedih sket (sowi yea) sebb aku rindu sangat kat abah aku.maaf aku takleh nak letak pic abah aku atas beberapa sebab (sowi lagi sekali).


oh hipokritnye aku.depan orang aku pura pura gembira tapi gelodak di hati aku sapa yang tahu.orang bole kata sabarnya,ini dugaan Allah.tapi yang laluinye sapa?


oh rindunya aku pada abah.dah lama tak dengar abah buat lawak.dah lama tak dengar abah melatah.sejak abah takde aku tak penah tengok wrestling da.aku dah takde geng nak tengok badminton, nak tengok bola dan dah lama sangat dah aku tak pegi jetty tengok orang mancing.


oh abah.


ingat tak bulan 5? kan harijadi abah.tapi abah dah tak ingat tarikhnya.disebabkan abah tak ingat tarikhnye bila, kitorang celebrate arijadi abah dari 1st of may sampaila akhir bulan 5.ehehe.takpekan.


sebelum abah nak "pergi" abah sempatkan sambut birthday abah.adik debar debar tau abah.takut sangat nak call.takut dapat berita yang menyedihkan.bersyukurnya adik masa tu dapat dengar suara abah, ketawa abah.syukur sangat.bahagia rasa.


hari tu kan abah, adik rasa nak sangat balik.nak sangat.hati ni rasa ditarik tarik.tapi masa tu adik ade exam.final exam.adik tak tau pun apa adik jawab exam tu.adik tak sempat nak baca buku pun.adik janji lepas abes exam, adik terus balik.janji.tapi abah kene tunggu adik.tapi abah tak.abah tak tunggu adik.abah pegi.abah pegi kerana abah telah berjanji.berjanji dengan Allah.


abah,

sebelum abah pegi tinggalkan kami,mak kata, pagi tu abah da mula beristigfar.tak henti henti.sampai abah tertido.bila abah terrbangun, abah istigfar lagi.makin lama makin lemah.kaki abah sejuk.mata mak dengan mata abah bertentang (maaf, saya cengeng) tangan abah dah takleh gerak.sore abah da tersekat sekat.air liur abah keluar.tapi bibir abah tak lepas dari istigfar.makin lama makin perlahan sore abah.sampaila hembusan nafas terakhir abah.mak kata lagi, wajah abah tenang sangat.bersih.


abah,
adik minta maaf.sebab tak dapat tengok abah.dimandikan,dikafankan,dikebumikan.


abah,
malam tu kami takleh nak tido.mengiring salah,telentang salah.mak pun sama abah.adik kagum ngan mak.masa abah "pergi", tak nangis pun.mak cekal.


abah,
sampai sekarang adik takleh tengok gamba gamba abah.bukan adik benci, tapi adik rindu.rindu sangat dengan abah.first time adik beli baju raya pakai duit adik sendiri.tapi baju tu jugak baju raya terakhir abah.


kadang kadang adik dail nobor abah.(rindu nak dengar sore abah)


kadang kadang adik nak sangat cakap ngan abah.tanya itu.tanya ini.


kadang kadang adik nak sangat cakap adik bangga dapat abah macam abah.(sangat bangga!)


percayalah.abah sentiasa di hati adik.selamanya.



p/s selama hampir 5 tahun pemergian abah aku, baru aku berani tulis entry ni.al fatihah.






















No comments:

Post a Comment