Tuesday, July 28, 2015

Review & Tips : Pulau Tioman

Assalamualaikummm..


It was a super duper busy day for me, tapi nak jugak coret pasal tioman takut nati aku lupaaa. Tapi kenapa tioman ? sebenarnya aku nak pegi perhentian tapi fully booked mungkin lain kali tehehehe.
Tioman pun best jugak sebab air dia nak sipi sipi macam maldives. Tapi bila google, eh macam sama je air dia, biru kehijau hijauan gitewww.


En. suami awal awal da booked resort hmm tapi tak lah awal sangat tapi ntah resort lain penuh cuma Berjaya Tioman Resort yang available, so desuppp en. suami booked. Kang ta pasai pasai pacak khemah depan pantai ja nati.


Bertolak la kami pada 21/07/2015, tugas aku disini adalah menempah tiket feri speedboat pegi dan balik, kalau ta dapat naya, aku bukan tau berenang kuak kuak sikit dah penat inikan nak kuak 5 jam dalam air. Harga tiket adalah rm140 untuk 2 orang pegi dan balik. Bertolak la kami ke jetty mersing sejam awal dari boarding. Sapa yang bawa keta tu, tempat untuk meletak kereta disediakan tapi bayar la, tapi kalau jumpa port baik pastu pandai nego mungkin kau bole dapat free. sangatttt. Dalam dunia ni 2 benda je free, kentut dan makan angin (nganga).haha.


Sepanjang dalam ferry speed boat aku tido, 2 jam kau steady je aku ta muntah, aih ta macho la kalau muntah depan suami.kahkahkah.


Then bila kau sampai kat jetty tioman atau tekek, nati ada shuttle resort akan tunggu. Dalam seploh minit camtu sampailah kat berjaya tioman resort. Suami settle kan bilik n aku ingat ada welcoming drink pastu tarian tarian tapi hadoo, tu dalam tv je okay dalam tv.


The room was nice. Selesa. Cuma takde gayong. Gayong sangat penting bagi kami. Pastu Tv lak xde sarikata, nasib baik iols bekas lect University of East London, bolela gebang paham sket.






Aktiviti kami petang adalah tengok sunset. Kagum betol aku. Cantik ya amat.






Kacak lahai yang belakang tudung biru tu. Muahahaha. Main pasir sampai mata pedih. 





Amek gambo amek gambo sampai lapar. 

Eh lupa lak nak cerita. Pas dapat kunci bilik kami pun pegi terkedek kedek. Pastu ya Allah rezeki. adalah seorang kakak nak pakcik dok nyembang kat depan bilik kami. Apalagi suami aku pun join sekaki. Berkat dari keramahan dia, dapat la kami pinjam motor pakcik tu sampai petang. Sebab dari berjaya ke tekek kau kene naik motor kalau sewa kurang kurang rm70 24 jam. Dapatla kami cut cost. hihi.


Malam tu kami kuar jadi kami kenelah sewa moto, nego punya nego dapatlah rm60 untuk 24 jam. Kami round round kampung untuk cari makanan. Raya kan waktu tu, kau rasa kedai bukak ke? mujur la ada yang bukak nasi lemak hoi, melanggar pantang sangat ni siap ayam goreng kauu. ayam goreng dia sedap. Macam wak kentut punya. 


Hari kedua kami pegi kampung juara. Nak pegi sana kau kene naik teksi. Aku pun bayangkanlah teksi yang selalu kita jumpa tu kan teksi wane merah, tapi teksi sini 4x4 kau. yela kang semput lak naik bukit. tinggi ya amat plak tu.



Destinasi pertama kami, Turtle beach. Eh aku hentam ja. Tapi tempat ni berkisar pasal turtle. Meet Mr. Norway forget his name but he's from norway.





Gemoknya aku, Yela aku diet jap lagi. 

Destinasi kedua pula kami pergi taman laut, syok juga, aku kalau macam muzium ni aku suka, dating kat zoo pun aku suka. Am i too weird??

Feeding some fish and nampaklah kejakunan budak tenggaroh 2 tu. Sebab ikan ni lapar macam seploh tahun ta makan ke apa. Ni kalau aku baling batu mau berdarah gigi ni.

This is juara.




Ala ala Maldive kan. Air dia tu. Mak aii cantiknya, suami tahan ta tahan nak terjun. cantik kot.



Pergh siap bawak air masak. Gangster abes muka kau noraini pehal an.


Kasi can lah kasi can, kami banyak masa di abeskan disini sebb dreber p hantaq abam bocey n family p tekek, sama abam dalam tv dengan kat luar SAMA!




Setelah puas kami mengambil gambar disini sampai tanned kulit aku, tanned bukan legam its a tanned you know sampailah dreber kami. Tapi kalau kau nak p snorkeling baik pegi pagi, baru puas hati. Tapi walau ta pegi snorkeling tengok air sampai pedih pun aku dah puas. Total naik teksi adalah rm180. Walau agak pricey but its memorable. Cantik sangat.


Petang tu kami preng preng prenggg pegi kampung juara. Sebab konon nak mandi tapi ayaq laut surut. Cuma aku jela main main air. Suami dok tepi makan dengan mat n minah. Heh. Dok di sana sampai sunset.



Ni kalau kat sini mau kene bebel sebb nak maghrib masih di luar tapi this is beautiful. Nasib baik solat bole jamak dan qasar. So tiada alasan untuk ta solat ya kenkawan.

Suami decide untuk makan seafood. Aku on ja. Kami dah marked satu restoran ni sebb selalu full house, so cecepat kami pegi. Preng preng prengggg suami bawa moto. Dalam kepala aku mungkin suami nak order ikan tiga rasa, ketam butter, sotong goreng tepung, but its too usual kata suami. So aku pun menantikan apa yang di ordernya.

" Awak order apa bang?"

"Ikan kembong 2 ekor goreng garing, ikan bawal bakar, ala lauk ikan 3 rasa tu awak buat sedap tayahlah order"


hahahahaha. Ketawa aku dalam hati. Pun bolelah sayang. Makan dengan awak batu masak lemak pun sedap.

Tapi adalah sampingan. mcm tomyam, sayur n air, total rm59. Kalau nak jimat sila bawak megi cup. Pastu duit kau bole spend untuk pegi snorkeling ka, p island hop ka pegi diving ka.


Then hari ketiga lepas sarapan like a king kami terus check out. Feri boarding kol 12 tengahari. Make sure sejam awal k.


So total kami abes duit untuk 3 hari adalah rm1445. Yela, aku sibok nak beli choc, baju, makanan dan lain lain. Rm1445 adalah termasuk semua, resort, feri, makan dan minum, berjalan untuk 3 hari. Next time mungkin 1 beg makanan, 1 beg pakaian, eh tapi kita datang tempat orang mestilah nak rasa makanan diorang kan. So menabung la dari sekarang. Next vacation plesss.

Saturday, January 17, 2015

SETAHUN






"Salam, awak ni **** kan?"

send

"Waalaikumusalam, 
Ye saya, Kita Sebaya Kan?"

send

**********



Terima Kasih Tuhan. Terima kasih gerakkan hati aku untuk taip bait bait itu. 

Terima kasih awak, kerana secara tiba tiba meluahkan rasa. Terima kasih atas luahan hati yang sukar untuk aku hadam bagaimana 2 orang manusia yang ta pernah kenal, bole ditakdirkan jatuh cinta dan sekarang sudah mendirikan rumahtangga.

Jodoh itu rahsia Allah. Ulang kau banyak kali.

Lepas nikah rasa mcm nak kau tampar aku berjuta kali, supaya aku tahu aku tak pernah bermimpi selama ini.



Sunday, September 7, 2014

Aku mahu kurus part 1.



Assalamualaikum sekelian alam,

hehehe. lama ta gila aku ta tulis khen. Maklumlah waktu dan kerja sentiasa mencemburui aku. Padahal banyak benda nak crita. Ada tanya aku pasal tunang aritu, bajet bape, beli barang katna apa semua la. Nati aku compilekan ya. Sabau. Sebab sekarang aku nak crita tips kurus. Walaupun aku ta berapa nak kurus.

Tips yang pertama kau kenalah timbang, Accept the facts. Walaupun kenyataan itu menyakitkan tapi itulah kenyataan. Berat aku paling berat adalah 70 kilo. Bapak berat. amek gambar pun nak parat muka ja. Konfiden level out. Nasib la muka ada jambu sket..( sila muntah ), selalu kena perli, kau kalau kurus mesti kau lawo. Masa tu memang takde rasa nak kurus pun. Memang xde.

Tips kedua, kau kene ada idol untuk kurus. Aku pilih scarlett johansson. Sebab apa aku pilih dia, sebab aku rasa dia lawa. badan dia cun dan bibir dia tebal macam bibir aku.wakakakaka.

Tips Ketiga, mentally prepared. Ini serius. Sebab aku ni duduk dengan kakak yang suka masak. Kau balik keje je makanan dah terhidang. Kau nak p keje je sarapan dah terhidang, acaner tu ?? Masa mula mula nak kurus tu, aku psiko diri sendiri. hari hari aku psiko. Macam dh ta betol pun ada. Part ni memang kena kuat.

Tips ketiga. Have fun with exercise. Part ni paling aku suka, sebab bole kuar peluh banyak banyak. Syok. Disebabkan aku terlalu pemalu dan bersih (sebab gym banyak org guna pastu peluh..wekk) aku selalu buat dalam bilik.

Alhamdulillah. Berkat kesabaran yang aku tidak sangka, harapan untuk kurus menampakkan jalannya.







                                                                      7/09/2014


Catatan tidak berhenti di sini, nati aku sambung lagi.



Wednesday, May 28, 2014

Mekap Pertunangan


Assalamualaikum.

    Semalam aku salah makan, sakit perut pastu muntah muntah. Aku kalau sakit drama sangat lah. Dulu penah kena jugak pastu ngidam nak makan nasi + ayam goreng kedai mamak dengan kuah kari. Nikmatnya. Tadi aku cuma dapat makan ayam goreng kedai mamak ja, tu pun takut nak telan sebab nati terkeluar balik rugi rm2.50 aku.

   1.05.2014 aku sah menjadi tunangan lokman. ( Eh intro macam takde kene mengene je kan ). Setelah berpenat lelah dan berhempas pulas untuk majlis sendiri, finally, Alhamdulillah. Terasa Every penat lelah paid off gitew. Once of my feveret manisan is Coklat beryls. Sanggup aku turun KL kau, semata nak p kilang dia. Sanggup. In shaa Allah its HALAL. ( Lagi satu statement yang xde kene mengena dengan tajuk..pheww)

  Aku punya mekap tunang di taja dan di tatarias oleh my own sister. Maksud di taja is its free. Harituh konon konon ada pre mekap la, pastu wassap lokman gambau pre mekap tuh. Banyak benau komennya.






   Tak yah tenung lama lama boleh?..hahaha..cantekkan aku. Aku request nak soft and sweet look macam cotton candy di musim luruh. Gila panjang tajuk mekap aku kheennn. Ini lah hasilnya. Dah la aku paksa dia buat pre mekap pastu banyak benau cekadaknya. Eh customer always right katanye.


 


    So ini la rupa aku di hari bahagia, macam nelydia senrose kan. Atau nelydia yang mcm rupa aku nih ?? Muahahaha..well i lost my weight okay..hahaha..finally..So harapnye dapatlah  balik berat aku masa sekolah menengah tingkatan 5. eh dasat sungguh. Esoknya aku tanya lokman, how do i look masa tunang aritu. So haruslah dia kata aku cantik, ntah, tapi nampak jujur dari hati je dia kata begitu.


    The majlis was not so grand, tapi it was memorable lah. hahaha..Oh aku xdak mini pelamin, aku dok diam dalam bilik. ( Taklah diam sangat pun, kalut sebab tetiba bulu mata pelesu cek nak jatuh, menjajau cari gamnya, thanks to besties yatie sebab dalam keterpaksaan kau datang juga. Salah aku jugak kol 12 baru tepon dia sedangkan majlis lepas zohor..muahaha..sory babe tapi aku cakap awal awal kan kau pengepit aku nati. bear in mind, jangan nak over shadow perantin hokey ).

   Syukur syukur syukur alhamdulillah. Semua nya berjalan dengan baik sekali. Cuaca okay, Makanan sedap. Harapnya, cinta kekal sampai syurga. Buat yang ta tau, aku ngan lokman sebenarnya old school friend atau dalam bahasa melayunya, kawan sekolah yang ta berapa nak kawan sangat lah. Meet and greet dan jatuh cinta ( auw) terus tunang in shaa Allah nikah ta lama lagi. Its unik love story sebenarnya nati ahkak cerita yea.

till we meet again. Sebab iols da berangan nk buat pearl hand bouquet.heeee.

 



Tuesday, April 1, 2014

Hubungan Jarak jauh.- Ini mungkin Kisah Kami


Assalamualaikum.


Aku tak tahu. Tak tahu nak mulakan macam mana. Blur. Nak kisahkan macam mana. Malu. Ya mungkin. Malu untuk berkongsi rasa. Sebab aku bukanlah seorang yang keterbukaan sangat. Setengah orang mungkin suka kisahnya disensasikan tapi aku malu bhai.

Tetiba teringat hal semalam. Buat aku ketawa sendirian. Tolong kenali aku. Kenali aku secara personal. Bukan secara amarah kawan. Bukan secara membenci. I am a LOVER not a FIGHTER.

Status status di Fb ku ( ya sebelum ini aku punya FB, tapi aku sudah deactivated) sebelum ini mungkin buat engkau salah sangka. Salah bicara ahh mungkin aku yang salah sebenarnya. Aku tau kau masih suka dia bukan. Sorry seems to be the hardest words right ?. Sebelum kau cakap all the pain that u have been through ( not us, but u, u only ) with him aku dah pun lalui semua itu. Serious babe, memang sakit. Tapi kita perlu belajar SABAR kan. Ya emang mudah di ucap tapi sukar nak laksanakan.

Tuhan dah kata, Disebalik kesabaran pasti ada kemanisan. Jadi, tolonglah banyak bersabar. Mungkin kau kata aku cakap bajet aku bagus kan ( mentang mentang dah dapat dia bole la aku cakap macam macam )
im not in ur shoes before right ? asking u, what kind of shoes that u wearing off before ?

Mungkin kasut kau agak ketat, then kau paksa juga pakai.

(senyum)


Yang cantek ,
Yang manis ,
Yang putih gebu,
Yang rambut ikal mayang,
Yang sempurna itu engkau.

Yang gigi bersepah,
Yang gemok pendek,
Yang tudung benget benget,
Semua itu aku.


Eh sekejap, mana kisah yang aku nak sampaikan ? heh.

(tarik nafas)

Dengan dia, aku belajar banyak benda. (heh)
Dan aku  juga tahu, aku dah ta bole nak keras kepala.
Ada benda yang aku perlu berikan ruang kepadanya.
Untuk membantu aku kadang kala gila.


Awak,
Menghubungi awak yang jauh di mata bukanlah rugi.
Berbual dengan awak semudah bangun pagi
Bercakap dengan awak, bagaikan awak dan saya berkongsi bantal dan mimpi.
Menatap satu sama lain hanya ditapis oleh paparan nipis lutsinar beberapa inchi.
Menghantar ciuman terbang ( flying kiss) sentiasa masing masing senyum nampak gigi.


( lepas nafas)

(senyum melirik )

Ada hati yang perlu dijaga
Ada nama yang perlu dipelihara
Ada maruah yang perlu di bangga
Ada kasih sayang perlu jadi rahsia
Mungkin kalian begitu juga.



heh.



Monday, March 3, 2014

Majlis Pertunangan #hantaran



Assalamualaikum..

Hoi aku nak kawen hoi part 2.

2 month to go..Satu apa pun ta siap lagi, sebab lokman kan takde di sisi, so susah sikit nak membeli..( sila baca dengan satu nada pastu tambah kan gua dah kata gua havoc! havoc! havoc! )

Finally, lokman dah bagitahu tema kaler belah dia ( terpaksa kot sebab aku nati membebel ) yela, dia mana pikir benda benda camni, kalau tanya motor ke keta mungkin dia tahu la kan. Benda benda remeh macam ni aku memang suka..muahahaha..

Aku punya theme baby blue/mint green dan soft pink..bimbo sangat x ? no bother no bother no bother watever.







lebih kurang camnih la kaler impiannya..in shaa Allah.

Aku cuma dah beli aksesori hantaran , macam bunga, manik, gabus.

Sedikit idea untuk hantaran impian, tapi harus di igt, aku kan bakal pengantin bajet..muahahaha. Sangat beruntung aku bawa kakak aku yang cheapstake a k a kalkulator bergerak. So bajet ta la lari..heeeee.











So ta lah serabut sangat kan..heee...harap membantu bakal bakal tunang yang bajet mcm aku.

Next entry, pasal baju plak, murah cantek dan awesome.


Sumber gambar ihsan dari google, kang kene saman lak aku.

Monday, February 17, 2014

Checklist Majlis Pertunangan


Assalamualaikum.

Hoi! aku nak kawen hoi part 1.

Mesti korang cakap sambil menjuih bibir " ala..majlis tunang je kot " tak yah nak beriya bagai la.

Aku kene tulis beb, sebab aku ni pelupa, keje menimbun pastu nati xde checklist, mati aku kang..Dah lama dah rumah takde majlis besar camni so, sekali sekala eksaited apa salahnya kan.haha..ala bagila aku over the top kejap..pelishhhhh.

Sekarang dah bulan 2, kalau ikutkan bulan 4 ni tunang + merisik. Sebenarnya nak buat merisik hujung bulan satu hari tuh, tetapi memasing mcm kelam kabut so buat sekali la ngan tunang. Takpa, dia dah merisik aku by himself dah. haha. Aku pun kenal kenal sikit family dia. Okaylah.

Yang benaran, nak tunang bulan 4 nih tapi satu apa pun tak beli. Yang dah beli cuma cincin merisik ja. cincin tunang dan barangan pun ta beli..cuma aku survey kek tunang ja..wakaka.

Mungkin aku tempah kek kat kawan aku iaitu cake bross..a bit pricely, sebab nak deko bagai kan, memula macam tak nak sebab mahal kot..tapi bila bincang dengan lokman pastu buat muka sedih pastu drama sikit and he approved tanpa banyak soal..hohoho..apelagi tempah dua la kan..so hopefully sempat la diorang buat..sebab mmg nak diorang ja.


Ini aku dapat kat blog orang lain pasal checklist majlis pertunangan. Rasanya no 1, 2, 3 je kot yang aku buat..tempahan baju tunang mungkin beli yang da siap, aku akan paksa lokman pakai baju melayu kihkihki..walaupun dia kata dia nak tunjuk jalan ja. Caterer plak, aku akan kerahkan tenaga abang aku sendiri untuk memasak..kehkehkeh..Pelamin pelamin xde kot, sebb aku ta kuar..I is malu..Photographer tiada juga..sebab aku suh nadia amek gambau aku, ala mesti banyak kan yang snap..wakakaka.
Make up? sendiri je la..tibai ja la..dan senarai jemputan, 20 orang rasanya.hihhi..

Aku concern cuma barangan pertunangan je la..sebab ta beli ape pun.

Lokman, sila balik cepat. Sebab saya dah rindu awak..eh sebab kita ta beli apa pun nih.



1) Cincin Tunang / Cincin Merisik
2) Bekas Cincin
3) Barang-barang Hantaran
4) Tempahan Baju Tunang
5) Baju Melayu Bakal Tunang
6) Caterer
7) Pelamin Mini
8) Photographer
9) Make up
10) Senarai Jemputan