Sunday, September 7, 2014

Aku mahu kurus part 1.



Assalamualaikum sekelian alam,

hehehe. lama ta gila aku ta tulis khen. Maklumlah waktu dan kerja sentiasa mencemburui aku. Padahal banyak benda nak crita. Ada tanya aku pasal tunang aritu, bajet bape, beli barang katna apa semua la. Nati aku compilekan ya. Sabau. Sebab sekarang aku nak crita tips kurus. Walaupun aku ta berapa nak kurus.

Tips yang pertama kau kenalah timbang, Accept the facts. Walaupun kenyataan itu menyakitkan tapi itulah kenyataan. Berat aku paling berat adalah 70 kilo. Bapak berat. amek gambar pun nak parat muka ja. Konfiden level out. Nasib la muka ada jambu sket..( sila muntah ), selalu kena perli, kau kalau kurus mesti kau lawo. Masa tu memang takde rasa nak kurus pun. Memang xde.

Tips kedua, kau kene ada idol untuk kurus. Aku pilih scarlett johansson. Sebab apa aku pilih dia, sebab aku rasa dia lawa. badan dia cun dan bibir dia tebal macam bibir aku.wakakakaka.

Tips Ketiga, mentally prepared. Ini serius. Sebab aku ni duduk dengan kakak yang suka masak. Kau balik keje je makanan dah terhidang. Kau nak p keje je sarapan dah terhidang, acaner tu ?? Masa mula mula nak kurus tu, aku psiko diri sendiri. hari hari aku psiko. Macam dh ta betol pun ada. Part ni memang kena kuat.

Tips ketiga. Have fun with exercise. Part ni paling aku suka, sebab bole kuar peluh banyak banyak. Syok. Disebabkan aku terlalu pemalu dan bersih (sebab gym banyak org guna pastu peluh..wekk) aku selalu buat dalam bilik.

Alhamdulillah. Berkat kesabaran yang aku tidak sangka, harapan untuk kurus menampakkan jalannya.







                                                                      7/09/2014


Catatan tidak berhenti di sini, nati aku sambung lagi.



No comments:

Post a Comment