Sunday, January 15, 2012

penantian

salam dan hi,

Hujan renyai renyai waktu itu,
Melihat sepasang kekasih hati ini sedih,
Kau tiada saat aku memerlukan, aku mahu meluahkan,
Ku tahan, ku tahan sampai tak tertahan.

Aku manusia, punya perasaan,
Aku mahu kau sedar, aku bukan untuk persinggahan.

Satu ayat, buat kau hilang pertimbangan,
Satu ayat, buat aku menyesal.

Kau egois bukan aku.
Aku buat apa yang termampu.
Aku pasrah dengan keputusanmu.

Malam tenang, malam sepi.
Minta petunjuk dengan Ilahi,
Semoga keputusan diberkati.

No comments:

Post a Comment