Tuesday, July 28, 2015

Review & Tips : Pulau Tioman

Assalamualaikummm..


It was a super duper busy day for me, tapi nak jugak coret pasal tioman takut nati aku lupaaa. Tapi kenapa tioman ? sebenarnya aku nak pegi perhentian tapi fully booked mungkin lain kali tehehehe.
Tioman pun best jugak sebab air dia nak sipi sipi macam maldives. Tapi bila google, eh macam sama je air dia, biru kehijau hijauan gitewww.


En. suami awal awal da booked resort hmm tapi tak lah awal sangat tapi ntah resort lain penuh cuma Berjaya Tioman Resort yang available, so desuppp en. suami booked. Kang ta pasai pasai pacak khemah depan pantai ja nati.


Bertolak la kami pada 21/07/2015, tugas aku disini adalah menempah tiket feri speedboat pegi dan balik, kalau ta dapat naya, aku bukan tau berenang kuak kuak sikit dah penat inikan nak kuak 5 jam dalam air. Harga tiket adalah rm140 untuk 2 orang pegi dan balik. Bertolak la kami ke jetty mersing sejam awal dari boarding. Sapa yang bawa keta tu, tempat untuk meletak kereta disediakan tapi bayar la, tapi kalau jumpa port baik pastu pandai nego mungkin kau bole dapat free. sangatttt. Dalam dunia ni 2 benda je free, kentut dan makan angin (nganga).haha.


Sepanjang dalam ferry speed boat aku tido, 2 jam kau steady je aku ta muntah, aih ta macho la kalau muntah depan suami.kahkahkah.


Then bila kau sampai kat jetty tioman atau tekek, nati ada shuttle resort akan tunggu. Dalam seploh minit camtu sampailah kat berjaya tioman resort. Suami settle kan bilik n aku ingat ada welcoming drink pastu tarian tarian tapi hadoo, tu dalam tv je okay dalam tv.


The room was nice. Selesa. Cuma takde gayong. Gayong sangat penting bagi kami. Pastu Tv lak xde sarikata, nasib baik iols bekas lect University of East London, bolela gebang paham sket.






Aktiviti kami petang adalah tengok sunset. Kagum betol aku. Cantik ya amat.






Kacak lahai yang belakang tudung biru tu. Muahahaha. Main pasir sampai mata pedih. 





Amek gambo amek gambo sampai lapar. 

Eh lupa lak nak cerita. Pas dapat kunci bilik kami pun pegi terkedek kedek. Pastu ya Allah rezeki. adalah seorang kakak nak pakcik dok nyembang kat depan bilik kami. Apalagi suami aku pun join sekaki. Berkat dari keramahan dia, dapat la kami pinjam motor pakcik tu sampai petang. Sebab dari berjaya ke tekek kau kene naik motor kalau sewa kurang kurang rm70 24 jam. Dapatla kami cut cost. hihi.


Malam tu kami kuar jadi kami kenelah sewa moto, nego punya nego dapatlah rm60 untuk 24 jam. Kami round round kampung untuk cari makanan. Raya kan waktu tu, kau rasa kedai bukak ke? mujur la ada yang bukak nasi lemak hoi, melanggar pantang sangat ni siap ayam goreng kauu. ayam goreng dia sedap. Macam wak kentut punya. 


Hari kedua kami pegi kampung juara. Nak pegi sana kau kene naik teksi. Aku pun bayangkanlah teksi yang selalu kita jumpa tu kan teksi wane merah, tapi teksi sini 4x4 kau. yela kang semput lak naik bukit. tinggi ya amat plak tu.



Destinasi pertama kami, Turtle beach. Eh aku hentam ja. Tapi tempat ni berkisar pasal turtle. Meet Mr. Norway forget his name but he's from norway.





Gemoknya aku, Yela aku diet jap lagi. 

Destinasi kedua pula kami pergi taman laut, syok juga, aku kalau macam muzium ni aku suka, dating kat zoo pun aku suka. Am i too weird??

Feeding some fish and nampaklah kejakunan budak tenggaroh 2 tu. Sebab ikan ni lapar macam seploh tahun ta makan ke apa. Ni kalau aku baling batu mau berdarah gigi ni.

This is juara.




Ala ala Maldive kan. Air dia tu. Mak aii cantiknya, suami tahan ta tahan nak terjun. cantik kot.



Pergh siap bawak air masak. Gangster abes muka kau noraini pehal an.


Kasi can lah kasi can, kami banyak masa di abeskan disini sebb dreber p hantaq abam bocey n family p tekek, sama abam dalam tv dengan kat luar SAMA!




Setelah puas kami mengambil gambar disini sampai tanned kulit aku, tanned bukan legam its a tanned you know sampailah dreber kami. Tapi kalau kau nak p snorkeling baik pegi pagi, baru puas hati. Tapi walau ta pegi snorkeling tengok air sampai pedih pun aku dah puas. Total naik teksi adalah rm180. Walau agak pricey but its memorable. Cantik sangat.


Petang tu kami preng preng prenggg pegi kampung juara. Sebab konon nak mandi tapi ayaq laut surut. Cuma aku jela main main air. Suami dok tepi makan dengan mat n minah. Heh. Dok di sana sampai sunset.



Ni kalau kat sini mau kene bebel sebb nak maghrib masih di luar tapi this is beautiful. Nasib baik solat bole jamak dan qasar. So tiada alasan untuk ta solat ya kenkawan.

Suami decide untuk makan seafood. Aku on ja. Kami dah marked satu restoran ni sebb selalu full house, so cecepat kami pegi. Preng preng prengggg suami bawa moto. Dalam kepala aku mungkin suami nak order ikan tiga rasa, ketam butter, sotong goreng tepung, but its too usual kata suami. So aku pun menantikan apa yang di ordernya.

" Awak order apa bang?"

"Ikan kembong 2 ekor goreng garing, ikan bawal bakar, ala lauk ikan 3 rasa tu awak buat sedap tayahlah order"


hahahahaha. Ketawa aku dalam hati. Pun bolelah sayang. Makan dengan awak batu masak lemak pun sedap.

Tapi adalah sampingan. mcm tomyam, sayur n air, total rm59. Kalau nak jimat sila bawak megi cup. Pastu duit kau bole spend untuk pegi snorkeling ka, p island hop ka pegi diving ka.


Then hari ketiga lepas sarapan like a king kami terus check out. Feri boarding kol 12 tengahari. Make sure sejam awal k.


So total kami abes duit untuk 3 hari adalah rm1445. Yela, aku sibok nak beli choc, baju, makanan dan lain lain. Rm1445 adalah termasuk semua, resort, feri, makan dan minum, berjalan untuk 3 hari. Next time mungkin 1 beg makanan, 1 beg pakaian, eh tapi kita datang tempat orang mestilah nak rasa makanan diorang kan. So menabung la dari sekarang. Next vacation plesss.

1 comment:

  1. lucu la awakk ni..
    y must batu masak lemak?? hahaha xmenahan..
    nak gambo lagii,, xckop..
    perkongsian yang agak menarik,, ailaikkkk

    ReplyDelete