Sunday, February 13, 2011

--cite kisah kawen saya --

"perkahwinan adalah satu perbualan yang panjang yang disertai dengan pergaduhan, gelak ketawa dan aksi2 yang mendebarkan "


masa saya kecik2..saya suka menonton drama melayu singapura yang bertajuk "rahsia perkahwinan".Diakhiran cerita pasti akan ada kata2 hikmah.salah satunye seperti diatas.(rasenye tu jea yang saya igt sampai sekarang)

tapi kalu drama tu diulangi semula, sumpah saya takkan tgk.dengan gaya lakonan yang kaku sambil menggunakan bahasa melayu yang baku.dan saya tak paham kenapa drama itu menjadi kesukaan saya pada waktu itu.


kenapa yea orang melayu kita suka sgt menggunakan perkataan "kawen" bukan " nikah".tak percaya.di bawah ini adelah contoh2 ayat yang selalu digunakan :

1. "midah bile anak kau nak kawen "
2. " oii..kau kawen bile ea"
3. " kang kawen bgtau kami yea "

(ekceli merujuk kepada diri sendiri ;p)

tapi perkataan "kawen" tu sebenarnya tidak membawa maksud apa apa pun.(eh kenapa saya menggunakan bahasa baku ni)


tak silap saya la, dalam kitab munakahat (suka sgt blaja bab ni)takde langsung perkataan kawen yang ade cuma perkataan "nikah" sahaja.


nikah membawa maksud dari segi bahasa ikatan ataupun simpulan

dari segi syarak pula (dah rase macm ustazah plak ) satu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong menolong di antara lelaki dan perempuan yang diantara keduanya bukan mahram.

ok.paham kan.panjang bebenar introduksi saya kali ini.berbalik kepada cite yang sebenarnya.

agak menyemakkan bila orang asik bertanya soklan yang same berulang kali seperti "ni bile nak kawen ni" oh saya tukar perkataan kawen tu menjadi rumahtangga.ok rewind balik. "ni bile nak berumahtangga ni".

(salah satu sbb saya malas nak balik kg.jiran2 yang terlampau mengambil berat akan diri saya suka sgt bertanya soklan yang macm tu)

macm ni la yea.saya bukan taknak berumah tangga.tapi nak sgt.tapi belom sampai masenye.saya nak macm mana kan.saya ni kan hamba yang tiada daya upaya.

lagipun my lovely mak pun tak penah nak bangkitkan hal ni even my gojes sisters and my encem brothers tak penah nak paksa2 saya suh kawen.

for them, saya ni macm a little girl yang perlu di beri perhatian.when i tell them my age, my gojes sisters n my encem brothers selalu cakap u still look 15.OMG.

my siblings are so protected.they protect me very well.mmg lawak.ade satu insiden tu yang berlaku a few week ago.kesian makcik tu.macm ni.ade sorang makcik ni sgt la mengambil berat.asal saya balik aje topik yang same akan dibicarakan.seperti:

"makin gemok kau yea...kang takde saiz baju kurung nati "

(disini perkataan gemok itu sgt sensitif bg saya.haha)


sambil tersenyum (dalam hati menyumpah nyumpah) saya berkata " ade saiz la cik ".


tak sempat dia nak cakap, saya berpaling (jalan sambil menghentak hentak kaki) masuk dalam umah (muncungkan bibir) terus masuk dalam bilik.nangis.

orang pertama yang akan datang kepada saya adela my lovely mak. mak akan memberi kata-kata semangat yang luar biasa.tima kaseh mak.lepas tu my gojes sisters then my gojes brothers.walaupun kate2 my gojes sisters menyakitkan hati seperti "dik kau tak gemok cume berisi aje" (gemok ngan berisi tu tak same ke) dan kalu korang tgk gaya my gojes sisters bercakap sgt melucukan hati.dan tak bole blah bile my encem brothers saya cakap "kau mane gemok..tapi lengan kau besar la jugak".dan tak sampai sejam saya sudah tersenyum riang.love this family very much.


scary bile saya nak bawak balik  bakal suami balik sebbnye saya tau dia akan di interview kaw2 punye oleh my gojes sisters and my encem brothers.

well..tak de pun.paling kuat diorang akan tanye."dah cukup bersedia nak kawen ngan adik aku".


so jangan risau saya akan berumahtangga tapi tak pasti bila.


kepada jiran2 mak saya.nati saya kawen jugak..terima kaseh kerana mengambil hal2 saya yea.

di kesempata ini saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan yang baru nikah.dan kepada pasangan pengantin lama: semarakkan cinta anda.

ala gaduh2 biasela dalam rumahtangga.mane ade rumahtangga yang tidak berantakan.rumah kalu kene tiup angin pun goyang gak kan.(merujuk untuk diri sendiri juga =0)


bak kata p.ramlee kat ghasidah (dalam cite 3 abdul)"sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri".buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi"..lalalalala....



till then.....xoxoxox..

No comments:

Post a Comment