Tuesday, February 15, 2011

--maulud nabi cara saya --

""tanggal 12 rabiulawal.lahirla nabi junjungan kita.ke dunia.membawa rahmat untuk semua manusia"

itu adela lirik lagu nasyid yang saya nyanyi semasa pertandingan nasyid di antara kelas sewaktu saya darjah 4.darjah 4 sekolah agama bermakna saya darjah 6 di sekolah kebangsaan.umumnye saya bukanla penyanyi utama tetapi penyanyi latar sahaja.maklumlah dengan rupa paras tak seindah julia rais dan suara yang tak semerdu siti nurhaliza dapat naik stage pun da cukup baik dah.

waktu saya kecik2 dulu.mase zaman suka main pasir kat depan rumah, maulud nabi..saya panggil maulidur rasul tu maulud nabi.taktau la kenapa tapi mak ngn abah saya mmg panggil macm tu.ok kite sambung balik. mane tadi.ah sudah saya lupa.jap jap jap..ok2.maulud nabi akan disambut dengan meriah sekali which is ade perarakan.dimana cikgu @ ustazah mesti suh pakai baju yang cantik2@seragam (cth : baju putih, kain ijau , tudung itam) sambil berselawat kepada junjungan besar nabi muhammad s.a.w. yang keduanya.acara yang ditunggu2 iaitu pertandingan nasyid.saya rase teruja sebab saya turut serta dalam pertandingan itu WALAUPUN sekadar back up vokal (ala yang selalu sebut aaaaa....uuuu...eeee).yang penting menang ok..kamu ade..kamu ade..takde kan.yang ketiganye apabila selesai sahaja acara bernasyid, acara yang satu ini sgt ditunggu2 (rasenye semua org.termasuklah ustazah, guru besar, penceramah) iaitu acara makan2.untuk menjimatkan pinggan.kami makan dalam dulang.rase seronok sgt.


apabila saya meningkat dewasa, (masa ni saya da tak main pasir, saya da terer main game solitare)semakin lama semakin saya paham pengertian maulud nabi yang sebenar.betapa bersyukurnya saya dilahirkan di dalam keluarga islam dan mempunyai pemimpin yang sgt hebat.baginda manusia yang hebat.hebat dalam semua segi.


sedikit renungan (ditujukan untuk diri sendiri juga) semasa baginda dalam sakaratul maut.bibir baginda tak lekang dengan UMMATTI, UMMATTI, UMMATTI,(umatku,umatku,umatku)cukup sayang baginda pada umatnye.tapi adakah kita sayang pada baginda??

nabi tak kenal umatnya melalui muka.

nabi tak kenal umatnya melalui bahasa.

nabi tak kenal umatnya melalui keturunan

TAPI nabi kenal umatnye yang selalu berselawat untuknya.


kita (which is saya) berharap kepada baginda untuk menolong saya di padang masyar kelak.

cukuplah dengan menyebut " allahumma sholi 'ala muhammad" besar syafaatnya.




sambil2 kite tgk tv,makan nasi,sambil2 la kite berselawat ke atas nabi~~








till then...xoxoxo

1 comment:

  1. akan indah bahasa apabila dituturkan secara bersopan, ditulis secara gramatis dengan mengekalkan keaslian ejaan dan nahunya.

    ReplyDelete