Tuesday, February 15, 2011

--pengalaman aku yang cukup seram --

tolong jangan bace entry ini dikala bulan mengambang (15 aribulan mengikut kalender islam ) pada malam jumaat.sebab entry ini sungguh seram sampai boleh menaikkan bulu kaki anda.saya kata bulu kaki yea.


 ok get ready.sebelum tu nak tanya.


sapa kat sini suka sgt dok asrama?


kamu.kamu.kamu.dan kamu.


orang lain berlumba lumba nak dok asrama saya lak bermati matian buat result pekse jadi hampeh sebab taknak dok asrama. 


ini kerana saya telah dimomokkan dengan berbagai versi cerita yang tidak elok yang kerap kali berlaku di asrama.


elak punya elak at last lepas spm saya diterima masuk ke sebuah institusi swasta di shah alam.nak tak nak terpaksa saya duduk di asrama (kalu nk ikutkan hati tak ingin nak sambung blaja.tapi memandangkan mak saya begitu beriya iya dan gembira.saya turutkan aja la.tak baik menderhaka.berdosa.tak bau syurga taw.)


setahun berlalu.alhamduillah.tiada apa yang berlaku.

selepas setahun, kami diarahkan untuk berpindah ke kampus induk di batang berjuntai (macm lucah kan..ch0iii).

bermula la pengalaman seram saya yang pertama.

masa tu saya tggl di blok f tingkat 3 (if i not mistaken la).sebenarnya asrama saya tu macm apartment n ade 4 tingkat.


petang itu saya pun bersiar siar sambil menziarah ke tempat kawan saya dan saya terlupa untuk membawa kunci rumah.berborak punye borak, gelak punye gelak sampai tak ingat, saya pun rase nak say babai to them n nak balik bilik.


selop kocek suar.oh.tak bawak kunci rupenye.saya pun ketuk pintu rumah kuat kuat.sbb saya rase ade orang kat rumah.tibe2 angin bertiup (ehehe,saya tipu).tibe2 saya rasa ade orang memanggil nama saya sebanyak 3 kali.dengan sore yang seakan berbisik "nora....noraaa....noraaaa..."saya pun menoleh sebab saya rase sore tu datang dari tingkat atas.!oh men!tingkat 4 takde orang duduk.dengan sore yang agak menggigil dan peluh jantan saya kuar, saya menjerit.bukak pintu ni la.seminit kemudian, rakan serumah saya pun membuka pintu dan saya terus bertanya "kau ade panggil aku ke tadi" dan dia menjawab " aku baru kuar bilik air ni".dengan melihat keadaan dia hanya bertuala.(korang jgn nak pikir lain yea.)saya rase agak mustahil untuk mengesyaki dirinya.dan sore dia pun berbeza."orang" yang memanggil nama saya tadi agak halus sedikit.


saya terus mengambil tuala dan terus mandi.dan mengambil masa untuk memulih semangat diri.tanpa membuang masa saya bercerita kejadian ini kepada teman sebilik.memek muka yang ditunjukkan seakan akan berkata "ah..kau ni penipu" mungkin hanya untuk menyedapkan diri saya dia berkata "ala..perasaan kau aje tu".kata2 itu tak dapat saya terima (pada waktu itu saje yea)dan saya berharap perkara ini berlaku kepada dirinya.(saya sungguh jahat)


di kala mata ini mahu lelap.tibe tibe sore itu menghantui diri saya.dan oh tidak "mereka" sudah tahu nama saya.


sejak peristiwa itu saya tidak betah untuk tinggal di asrama pada weekend.sabtu ahad aje, saya shot balik cheras.


tapi kenapa namaku yang disebut.!

No comments:

Post a Comment