Sunday, June 12, 2011

Banyak kebaikan dari keburukan yang kadang kadang aku menidakkan

assalamualaikum


halo everyone!ada bagus? tada?sedih ke kelantan kalah malam tadi..? takde yang bakar bakar kan..? teeeet..semuanya selamat kan..ahaks..aku bukan nak citer pasai bola pun..tapi aku nak citer pasai kaki pemain bola.eh ape apelah.pening la.takde takde sebenarnya aku nak citer pasai kebaikan susu.awat terkejut?


yela aku pun bukannya suka sangat minum susu.bueeeeekkkkk.tapi untuk persedian masa hadapan so terpaksa la aku minum.aku minum setiap pagi dan malam plus aku letak oat.


sebagai orang pompuan yang jelita lagi ayu tak ingat, persediaan awal tu penting.

bukannya apa,aku teringat perbualan aku ngan kak long aku masa persidangan meja bulat tadi  "abanglong ko tu banyak kalsium kat badan dia, aku punya kalsium tinggal sikit ni, kene la minum minum susu, kang tak larat plak."


aku wondering.pasai apa akak aku kata lagu tuh?


pastu dia explain la "yola, kalsium aku dah bagi kat enam orang anak aku tu, nak bina tulang depa, gigi depa, pakai kalsium aku ler..ang tgk muka aku dah ade garis garis kerepot nih,aiiishhh.."


aku bab bab kecantikan ni alert skit.kira macam wake up kol bila sebut tang "garis garis kerepot" terus aku tanya anak buah aku " cik da ada garis garis cam mama dak?"

nasib baek depa kata takdak.


sebagai langkah berjaga jaga (aiceh) aku pun beli 2 liter susu rendah lemak goodday.mula mula memang terkulat kulat nak telan.tak biasa.last aku minum pun lama dah.


pasai apa aku bersungguh sungguh nak minum susu ni adalah sebab:


Vitamin D — Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium, malangnya ia sering dipinggirkan.

Cara paling mudah ialah minum susu rendah lemak yang diperkaya dengan vitamin D. Ada kajian mendapati vitamin D juga boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.

Tingkatkan ketumpatan tulang — Kajian di Finland ke atas gadis remaja berusia 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan kaya kalsium (seperti keju) mempunyai ketumpatan tulang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil keju.

Tekanan darah normal — Kajian ke atas 5,000 orang dewasa di Sepanyol mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak (susu skim dan susu rendah lemak) dalam masa dua tahun kurang berisiko (54 peratus) mengalami tekanan darah tinggi.

Sindrom metabolik — Berdasarkan data diperoleh daripada 827 responden (lelaki dan wanita), penyelidik Iran merumuskan individu yang mengambil produk tenusu rendah lemak mempunyai ukuran pinggang lebih kecil dan kurang risiko alami sindron metabolik — iaitu sindrom yang mendekatkan kita dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Berat badan — minum susu bukan punca kegemukan atau pertambahan berat badan ia boleh menjadikan kita lebih langsing. Perkara ini dibuktikan penyelidik dari Universiti Alabama di Birmingham yang mendapati kalsium mampu mengawal berat



cuba ang baca yang last sekali tu, ape dia kate?


tapi ang jangan minum yang full cream, amek yang rendah lemak + hi cal.

2 comments: