Wednesday, September 28, 2011

mari dengar cerita hantu versi aku

hi.lama tak update.alih alih update nak citer pasal hantu plak yea. Macam kau berani sangat yea dek non.

Standet la kan dok asrama. Macam macam ada. Kejadian ni berlaku pada aku ( citer betol oke tak tipu) masa hari last aku kat private university. Dah last day, semua orang dah balik. Asrama aku tu macam apartment, 3 bilik 2 toilet. Satu bilik 2 orang. Disebabkan semua orang dah balik, aku ajak la kawan aku tinggal kat umah aku, buat teman tido katenye. Dia pun setuju tapi dia xnak tido kat bilik aku, dia nak tido kat bilik lagi satu. Bilik lagi satu tu jarang orang tido sebab tuan bilik tu suka tido kat tempat lain. Aku ok kan jea, ngenangkan dia jea nak temankan aku kan.

Seriyes ok, mase aku masuk bilik tu, (aku jarang masuk sebab lock) semua berkunci, maksudnye tingkap, pintu almari, semualah. So aku pun amek katil tepi tingkap. Tengah syok tido, Tiba tiba, aku dengar bunyi pompuan mengerang, terkejut aku. Makin lama makin dekat makin kuat plak tu.Cheeh!. Dengan berbekalkan sedikit asas lakonan yang aku ada (haha), aku buat buat mengigau (betol tarak tipu maaa). Suara pompuan mengerang pun ilang.Puhh, lega. Aku sambung lelap mata. Tengah syok syok tu, tiba tiba aku rase sejuk semacam, kau tau ape jadi?? tingkap terbukak seluas alam! malas aku nak tutup, aku terpandang katil sebelah, "kawan" aku tu berselimut dari kapla sampai ujung kaki, berbungkus satu badan. mak aii. Kecut jugak aku. Aku standby jea ni kol 530 memang aku angkat kaki.

Tak sampai kol 530 aku terus angkat kaki, mana tahan beb, berselubung satu badan, tingkap terbukak, dengar suara pompuan mengerang, sebelum pape baik aku blah pi bilik sebelah.

630 aku bangun, mandi, solat subuh, buat clearance, terus pi tunggu akak ambek bawak pulang. " kawan " aku tu aku tak jumpa sampai la sekarang.


bila ingat ingat kan balik, aku tak taau aku ber"teman"kan sape mase tu sebab aku cuma nak ade "teman" sahaja.



 hantu camni wajib korang pukul

No comments:

Post a Comment