Saturday, February 18, 2012

Abah penghuni syurga? insya allah

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak berkongsi detik detik terakhir abah saya di dunia ini. Semoga apa yang diceritakan menjadi tauladan kepada diri saya untuk menjadi muslimah yang solehah. insya allah.

Abah telah kembali ke rahmatullah sejak 5 tahun yang lalu. Pantas masa berlalu tapi kurasakan baru berlaku semalam berlaku.

Ini yang diceritakan oleh 2 orang insan yang berada di saat akhir abah di dunia ini dan pengalaman yang aku lalui sepanjang menjaga abah ketika sakit.

3 hari sebelum abah meninggal. 10/5/2008 hari sabtu.

.
Hati meronta ronta nak balik kampung. Call zarina tanya keadaan abah. Dia kata abah okey. Gembira. Ada kek, hari itu adalah hari lahir abah. Abah yang baca doa selamat. Tapi hati aku tetap tak tenang. Tidur tak nyenyak even kalau mak aku call pun aku cuak.

11/5/2008 hari ahad.

Abah macam biasa. makan dan minum seperti biasa. Tetiba kaki abah sangat berat tak kuat kami nak angkat macam selalu. Biasa petang petang kami bawak round kampung dengan kete. Abah senyum dan cakap " Takpe..". zarina nangis sebab tak dapat nak bawak abah jalan jalan macam biasa.

2/5/2008 hari isnin.

Pagi. 6.30 pagi. abah terbangun dari tidur dan  terus berzikir. Mak tanya kenapa, tapi abah tetap berzikir. Suara zikiran abah makin lama makin perlahan sampai abah tertido ( sebenarnya mak kata abah macam lawan ngantuk dia) 8.30 pagi macam biasa abah sarapan. mak kata abah makan tak banyak. Abah nak zikir. Abang baringkan abah menghadap kiblat. cuma ada emak dan abang sahaja di rumah itu. Abah terus terusan berzikir " Lailahaillah". Abang call semua orang. Suruh balik. Maaf abah, adik silent hndpone masa tu. Abang pangku abah. Abang text kat zarina " kaki abah dah tak gerak ". Mulut abah tak henti henti berzikir. Mata abah tenung mata mak. Abah amek muka mak sembab kan kat dada abah. Abah zikir lagi. Abang text lagi " kaki abah dah sejuk". Dada abah berombak. tangan abah dah tak gerak. Tapi mulut abah masih terkumat kamit. Air liur abah meleleh. Suara zikir abah dah tak dengar.Mungkin malaikat dah amek roh di mulut abah. Mata abah masih terbuka. Perlahan lahan mata abah tertutup. Mak kata dahi abah berpeluh, air mata mengalir sedikit. Abang text kami, kata Abah dah pergi.


Kami sampai lewat hampir pukul 7 petang. Mak kata mak dah minta lewatkan sikit sebab anak anak mak dari kl belum sampai lagi. Mak kata lagi urusan abah di dunia dipermudahkan. Abah dah siap dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Mak kata kebumi lepas asar, tapi abah dikebumikan pada waktu zohor. Jenazah dah sampai, kubur takda. Proses menggali kubur mudah sangat. 3 kali sahaja. Alhamduillah. Cuaca redup macam nak hujan tapi tak hujan. Ramai sangat orang datang melawat abah. Terima kasih ya.




Malam kami buat tahlil. Lepas tahlil, kami lihat banyak sangat rama rama putih bertebangan di pintu rumah kami. Banyak sangat. Sepanjang abah sakit ( 7 bulan ) tak pernah sekalipun mulut abah terlepas dari bacaan ayat ayat suci. Sebelum abah sakit, abah pernah cakap kat mak " kita khatam kan quran untuk mak dan bapak awak, satu lagi kita khatamkan untuk diri kita ". Sepanjang jaga abah sakit, abah kerap cakap " waalaikumusalam malaikat maut ". Satu peristiwa yang diceritakan oleh abang, " izal, cantiknya bunga bunga tu". "petik, bagi kita abah". "eh tak boleh. tak boleh petik". Sepanjang abah sakit, abah tak pernah mandi. Tapi ajaibnya, mulut abah sangat wangi, bau macam baby.




Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 
Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak shalih yang mendoakannya.









semoga mak dan abah memperoleh syurga. Aku pun juga.

4 comments:

  1. Moga Roh Arwah Dicucuri rahmat di sana...

    ReplyDelete
  2. sebak nya baca ni.. :'(... Insya Allah.. ganjaran syurga buat arwah.. takziah and alfatihah..

    ReplyDelete
  3. my only "abah"..thanks for doa kalian.

    ReplyDelete