Monday, April 23, 2012

Sabah : Kundasang , ranau & tamu pagi

Assalamualaikum..


Ada masa ni baik aku sambung dan habiskan cite aku masa pi holiday baru baru ni, bukan apa, takut aku terlupa. Tula asik minum air yang de semut ajew. tsk tsk tsk. Menaip sambil dengar lagu jong kook. Alahai~~~terbuai buai. Sayang awak dengar tak nih.Saranghae!


Kembali ke alam nyata yea noraini. Intro kau ntah pape. hewhewhew. Malam sebelum meneruskan perjalanan esok, aku rasa cam nak dok hotel aje. Simpan tenaga katanye. ptuih. Dah lama sangat tak layan bola, so malam tu aku layan bola hokey.




cinta pertama di tingkatan 5 : iker casillas real madrid presented!


Next match barca vs chelsea. Sempat aku kunci jam tapi nan hado. tido lebih penting. Tengok siaran ulangan aje esok sudah pas balik mendaki.kehkehkeh.


Map penting okey untuk kau yang tak tau pape macam aku. Bese kat receptionist tu ada sediakan map, kau amek jea dia tak marah punya ma.




                                                                           dok sila atas katil bajet cool.!


Dan menjadi kebiasaan jugak, hotel akan sediakan travel guide tapi kau kene bayarlah. Masa ni lah kau kene buat keputusan yang bijak bila raman tiada di sisi. haha. (tgk raman, kau sangat diperlukan oleh kami hokey). Lucky us sebab, kawan kepada kawan abang ade bukak travel agency so deal jer ngan dia. Harga pun murah.


Perut haruslah diisi untuk perjalanan selama 2 jam. 


Sian mak sebab tak bese makan cam ni =_="



Di sepanjang perjalanan, menggamit mata memandang dengan permandangan sangat indah. Indah sangat. Lautnya, awannya, subhanallah. Di tamparuli, kau akan dapat lihat rumah terbalik. Ya memag terbalik.Terbaik wook!








Panas giler kot masa ni padahal barul kol 10 pagi. Aku tak pakai shades sebab solution lens tertinggal kat umah. huhuhu. Tak dapt pakai vincci beli kat midvalley itu hari. Sedih mak nok, baru nak berlagak. Amek kau niat tak baik.


Tujuan utama kami ke kundasang adalah unuk pegi ke hot spring, ber canopy walk, melawat orkid dan ke kaki gunung kinabalu. Sebelum sampai ke kundasang, kau akan lalu ranau dan juga kota belud. Disebabkan bentuk muka bumi yang berbukit bukau, kau akan dapat merasai pengalaman yang cukup indah. Aku nampak la diorang buat rumah di lereng lereng bukit. Rasanya mereka juga akan tanam sendiri sayuran dan buahan sama ada untuk di jual atau makan sendiri.



segar segar i like!


Disekeliling kawasan di kundasang tu diliputi dengan kabus. Sejuk Macam kat paris pun ada. Kami singgah di pekan nabalu sebelum sampai ke destinasi yang hendak di tuju.






asik gambo kau je pokde..maklumlah ai kan photo taker..haishh







Di sini mereka jual segala macam craft. Cantik cantik murah murah. Bole tawar menawar yang penting kau konfiden. Sebab harga yang di display lebih mahal dari harga sebenar. Contoh RM48, kau bole dapat sampai RM20. Terer kan aku. 


Tour guide kami namanya Ong. Dia kata kami sangat bertuah kerana kami dapat jumpa tamu pagi. Sebabnya tamu pagi cuma ada hari khamis sahaja. Aku xtau sebenarnya tamu pagi tu apa, aku igt tetamu, rupanya pasar. ahahahhaa.Di tamu pagi, hasil jualan mereka adalah tanam tanaman dan juga barangan kering. Ingat nak beli, tapi anjing banyak sangat macam tolong niaga sekali tak jadi aku.Geli.




p/s Thank you Ong.. Kau kacak.

1 comment: