Thursday, August 29, 2013

Quick Tip # Perut kembung

Assalamualaikum.

Windunya titew nak tulis kat belog nih. Nak tulis ja, banyak betol halangannya, walau titew sedar xde sapa yang membacanya.wakakaka. Ini kalau ada kategori belog syok sendiri mau bole top5 nih.

Hari ni , kita nak bagi tips kalau awak awak semua kembung atau masuk angin *bajet diet xnak makan nasi , pastu masuk angin. Ni tips untuk orang dewasa. Kanak kanak i tak tau yang i tau letak minyak thelon atau minyak yu yi. Sapu kat perut dan di tapak kaki . Ok then.


Semalam, eh dah 2 hari aku kembung perut. Sendawa dan kentut2. Tapi sakit perut tu mak aii. Mak aii x rasa , ai je yang rasa . Mencucuk cucuk. Tertonggeng tonggeng. Letak minyak dah macam hapa, tapi tak hilang juga. Ai is menanges . Dah la ai tengok running man, Seksa tau nak ketawa bila perut sakit. Rasa macam nak terburai pun ada. Ai pun masuk dapur tengok apa yang ada, takkan ai nak makan nasi tengah malam buta kan, abes diet ai. Ai selongkar lemari es a.k.a peti ais, atau kami panggil esbox, wahhh, mata bersinar dengan penuh harapan , ada sunsweet prunes. Ai xde choice masa tu, ai fikir untuk alas perut sahaja, dan ai pun makan 5 biji atau 6 , eh ta igt la, sebb ai makan sambil tengok tv. Miraclenye , tetiba ai rasa sangat la lega. Siap practice tau, perut tu. wahhhhh. Perut dah okay, dan ai bole layan running man dengan double gembira. Dan ai bole tido dengan lenanya..

Ai search dekat internet kebaikan dia, ini yang ai dapat.

  • antikaser
  • mengurangkan risiko osteoporosis
  • antioksidan/penuaan
  • melancarkan sistem penghadaman
  • kaya dengan vitamin
  • bagus untuk pengamal diet seimbang
  • dan lain-lain





Its true.!!! MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN uolsssss.


No comments:

Post a Comment