Thursday, August 29, 2013

Teman baikku adalah Ex Boyriend ku

Assalamualaikum.

Kadang kadang hubungan ini disalahertikan oleh orang luar yang tidak cuba untuk memahami hubungan ini. Kata mereka bila kasih sudah terlerai, bila cinta sudah mati buat apa mahu punya kaitan lagi. Walau aku cuba untuk ke sejuta kali pun untuk tamatkan ini, tapi aku tidak pasti kenapa chemistry kami kuat sekali.

kami saling mencari jika kami punya masalah peribadi, tapi yang banyaknya aku la. Aku kan emosi lebih. Kami pernah bercinta , dan kami pernah putus cinta . Aku pernah menghilang kan diri untuk beberapa tahun. Jejakku kemas aku tutup, tak tahu la macam mana dia mencari. Dia bilang mahu berkahwin. Suruh aku datang makan makan. Aku pernah benci dia. Sebab dia perosak jiwa. Dahla merobekkan hati aku, lepastu mau aku ke hari bahagianya. ahh mana mungkin.

Lama, lama aku berdiam . Takku tonjolkan muka kerna aku mahu dia mengecap bahagia . Aku sudah kuat, sudah kuat untuk menghadapi hari muka tanpa dia. Tapi kenapa bila aku sudah pulih kau datang mencariku ? Kenapa ? Apa salahku ? kenapa kau ta pegi sahaja menyulam bahagia dengan halalmu ? kenapa mesti mahu cari aku ?

Dan dia tidak bole kehilanganku, mahuku sentiasa dipandangan dia. Sudah puas dia mencari ku, tak mahu aku lari lari. Penat kata dia. Aku selalu igtkan , kau sudah berkahwin punya anak dan punya isteri untuk apakah aku ini ? Bagilah aku kecapi kebahagian sendiri. tolong aku sudahkan episod kita ini.

Tapi bilaku cuba memahami hati, memikirkan rasa hati, lalu aku buat keputusan. Ya . marilah kita sekadar berkawan. Mungkin kita selayak berkawan menjadi sahabat dan pendengar yang baik, pembahan , Pemkentut. , Penganjing , Pemberi nasihat , dan pem pem yang lain.

Perasan kami sangat neutral sekarang. Tiada rasa cinta lagi..Dia orang pertama yang aku cari untuk mencurah rasa hati, dan dia mengajar jangan benci lelaki. Bila aku sedih dan gembira aku selalu cari dia untuk berkongsi rasa ini bersama.


Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…




No comments:

Post a Comment