Thursday, November 24, 2011

hari pertama

kan aku dah kata nak update satu persatu..ingat aku tipu la tu. Maaf  xde pict, tak bermakna aku cheat!


sarapan pagi..semalam ade dua pilihan, sama ada nak makan nasi lauk malam tadi atau buat sandwich  sendiri..nampaknya aku sudah pandai membuat pilihan yang bijak iaitu aku buat sandwich sendiri. Inti tuna saja. senang.Berlari riang aku terus ke opis.


Makan tengahari..ah perut sudah bunyi gendang gendut tali kecapi..oii tuan,minta diisi. Pergilah aku dengan Fadh ke TNB bukan nak jumpa abang sayang tapi cari makanan. Aku makan Tempe+Tahu+kacang panjang dua senduk (dia masak sekali da), amek sayur paku pakis dan juga pedal 2.


Makan petang..rumah aku jauh nak mampus kot dari opis, mestilah aku lapo.(ai marah ke apa nih.) nak balik umah tu sempatlah aku mencekik 5 ketul pisang goreng, buat alas perut. sampai kat umah, aku tibai 5 keping roti putih dan makan dengan lahapnya. Sebab xde orang kat dapur, hilang sopan dan santunnya.


Malam..aku keletihan sangat malam tadi. macam team mesia baru balik dari indon letihnya. Terlepek aku depan TV. Xbole jadi ni, pegi dapur, bancuh Lasindah Cafe. Sebelum aku tido haruskan aku sapu losyen Mustajab, memang berangin, pastu siap la kau. kentut2 saja ma. Dalam tido pun bole kentut. Tido nyenyak sampai ke pagi. Bertenaga betul aku harini.


makanan harini aku sambung esok ya.

No comments:

Post a Comment