Friday, April 12, 2013

Jangan Tegur , Kalau nk cakap , kat rumah nati.

Assalamualaikum.

I just recover from kelemahan zemangat. Betul kata orang tua tua , bila nampak sesuatu yang pelik "molot" jangan lancang . Jangan tegur , tengok jea, kang balik baru k-pop eh , kepoh.


Kejadian ini berlaku kira kira sebulan yang lepas. Masa tu dalam pukul 9 malam . Semua orang kepenatan dan kelaparan. Aku lagilah . Bagai dugong terdampar . Akak ajak pegi pasar malam air biru . Dalam perjalanan kesana,kami melalui  kawasan perkuburan Islam. Di kawasan itu aku ternampak cahaya yang macam mentol bersinar sinar sambil "molot" ni cakap " eh malam malam pun ada orang pun ada jenazah dikebumikan" . Bukan sekali , bukan 2 kali malah berkali kali.


Seminggu selepas kejadian, i felt something. Tak ohsem pun . Kejadian pertama aku dihembus di bahu . Tegak terus aku . Masa tu aku duduk kat sofa , so tak muat kot kalau orang nak duduk belakang aku . Aku diamkan jea . Fikir positif, angin lintang kot. Kejadian kedua , cermin tingkap aku diketuk 3 kali . Puas aku dengan my niece bereksperimen . Angin ke ? kucing ke ? . Memang betul betul kat tepi aku . Seriau . Pastu budak 2 orang tengah tgk tv citer masak masak pelan pelan naik atas. Sambil buat muka tak bersalah.


Untuk menguatkan fakta , ( aiceh ) pada satu malam tu aku nak balik kampung, nompang kak long , tibe tibe sarah maembong nanges ketakutan, untuk sekian kalinya , xpernah tgk sarah macam tu . tak pernah. Siap suruh tutup pintu . Dia kata ada orang muka buruk panggil dia . Kitorang cuma tenangkan dia dan buatkan air penawar . Esok, semua orang balik kampung. Alhamdulillah, Atok sarah ni pandai mengubat . And dia kata , " ada ni . Ikut sampai kampung. Berani kacau cucu aku " . Aku sedih la sebab "molot" ni , sarah hilang zemangat jugak .


Semua orang kata muka aku pucat macam kulit adira , walaupun aku punya kulit hitam manis . Haha . Sebulan aku tido bukak lampu , nak tido rasa macam diperhatikan jea . Tido tido ayam . A week later , aku berubat , mandi ( i mean bukan mandi bawah jembatan , or mandi kemban dalam tempayan ) 3 kali , then terus rasa fresh . segar bugar.


So sekarang , kalau aku ternampak sesuatu , aku mesti tunduk .buat tak tau . Kat rumah baru cakap . For keselamatan semua orang.

Atok sarah kata, " oh, benda tu nak tgk sapa yang tegur dia berkali kali tu ". Menyeringai .





No comments:

Post a Comment