Friday, May 17, 2013

Ini Kisah Kami



Assalamualaikum..


Tertarik dengan cerita Amira dengan bekas axionnya. Buat aku kembali ke kisah dahulu . Kisah pada tahun awal 90 an.


1983 mak dan abah aku dapat tanah rancangan. Adik beradik aku plak ramai . 7 orang . Dah la mak abah aku baru nak hidup kat tempat baru . Sangat daif kami waktu itu . Semua serba serbi kekurangan . Letrik xde, air pun xde . Kalau nk makan , petik la sayur paku pakis, pucuk ubi , pucuk  manis . Menu utama biasa , nasi , sambal tumis dan sayur . Kalau nak makan ayam , kene tunggu ayam sakit baru abah sembelih .

1990. Air masuk. Letrik pun masuk. tu pun 12 jam sahaja . Kami xde TV. nak tgk tv kene tumpang rumah orang . Ada duit lebih , abah beli TV hitam putih . Xde hal . Masa tu dah ada PNF, bole ambil barang , tolak gaji . Bape sgtla gaji abah waktu tu. Kadang kadang, abah ambil upah potong daun. dapatla rm15 sehari . Kalau sorang, kalau ramai rm15 tu kene bahagi bahagi kan. Waktu abah ambil barang kat PNF , banyak abah ambil , yela kami tujuh beradik . Megi satu kotak , susu 12 tin , kicap , barang barang asas .Berkarung berguni . eh sedih lah pulak .


1992. Aku sekolah tadika. Seronok . Makan disediakan . Sumpah aku ta bole nak recall aku belajar apa masa tu .


1993. Aku darjah satu . Akak dan abang dah sekolah menengah . Banyak pakai duit. Nak beli buku , nak bayar tambang bas. Mak suruh aku bawak bekal . Bekas bekal aku AXION. warna hijau . Kekadang ada rasa sabun . Satu hari bekal aku jatuh , terbuka. aku nangis, sebab aku ta bawak duit . nasib akak aku sekolah sama , aku makan bekal dia, dia nangis, sbb dia pun x bwk duit . 2 benda yang paling aku igt masa darjah satu, bila bekal aku jatuh dan kawan aku tercirit dalam kelas . Kesian dia. Kesian kat kami sbb kene basuh kelas. Hey, u know who you are, si bulu mata lentik.


Kami susah lama. Eh, mak abah aku susah lama. Sebab anak ramai , tapi abah tak pernah merungut, cuma mak suka membebel sikit, sebab penat. Anak ramai , banyak perangai .


Sekarang kami dah besar, dah ada kehidupan sendiri . Abah dah xde. Kalau ada bole bawak makan kepsi kat tanjung leman seminggu sekali . Mak pulak travelling rumah anak anak . Suka betul dia. Tapi aku lebih suka mak duduk dengan aku . Sampai sekarang aku tido dengan dia . Rindula dekat dia . Oh mak kat KL sekarang. Jalan jalan .


Hidup mak dah senang sekarang. Abah dah buatkan rumah cantik untuk mak. Rumah idaman mak. Sekarang mak dah bole makan apa yang mak suka, beli apa yang mak nak sebab mak dah susah lama. Lama sangat.


Okaylah nak tepon mak, nak bgtau tenggaroh ada hantu.

No comments:

Post a Comment