Monday, July 25, 2011

cuti

salam semua,

this semester is sangat sangat mencabar. naseb baik tinggal 4 minggu aje. bole la aku mencuti sepuasnya. baru nak merancang tempat manpower planning sudah dapat. huiihh. 4 subject in short semester. giler. sapa giler? akulah. sudah nama pun kuli. buat sajalah. selagi di beri kudrat, selagi mata masih terbuka, selagi jantung masih bernafas dan selagi masih di beri peluang terima sajalah. lagipun mak bapak kau bukan tokey balak pun.

sempat jugak aku mintak off day jumaat ni. mau ke mana? hmmm.. next entry la aku sambung. mata dah kuyu ni.



motif pict ni : RIP my sony ericsson.sobs.



background lagu :she's gone

Wednesday, July 20, 2011

aku sangap mintak kopek

bismillah.

halo!
kamu sihat?alhamdulillah.aku? fizikal aku sihat, makin mantap tapi emosi aku sakit.tapi walaupun emosi aku tak berapa nak ok tapi mak tetap vogue dan mantap.chill babe.chill.


entry kali ni aku nak ajar korang perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian warga johor dan perak ni cikgu nak ajar ni.salin notes salin notes.

perkataan pertama :


SANGAP


pertama kali aku menjejak kan kaki di kl, aku selalu gune perkataan sangap bila lecturer lelaki bagi lecture.sebab dia tak ensem.tumpuan aku ilang.

ayat ayat seperti :

aku dah sangap sangap ni..berair berair dah ni

tak tahan, dah banyak kali sangap, mata pun da stim


cakap pulak kuat satu kelas pandang aku, aku? buat muka tak bersalah lah.


untuk meng"clear"kan keadaan, aku pun tanya kawan aku.

"pehal kalu aku cakap sangap, korang pandang pandang aku?


"ko tau sangap tu maksudnye ape?


" tau..mengantukkan"


" wak lu, sangap tu macam gersang otak blue benda lucah lucah tu"



"aaaaaaaa....maluuuuu"


kami warga johor kalu cakap sangap tu maksudnye mengantuk.bukan nak ajak main teet teet teet.


sejak aritu aku dah tak cakap sangap kalu aku mengantuk, tapi aku akan cakap.."mengantuknye"..giler pelik..karang kalu turun johor ko takyah nak buat muka pelik korang dengar diorang cakap perkataan SANGAP!


perkataan kedua:


KOPEK.


kalu orang perak, kopek bermaksud tetek. ingat tak dialog pak uda dalam hantu kak limah "huii, panjangnye kopek dia".ala mak kite kan kalu nak takutkan kite bile kite main kat luar senja senja tu modalnye kan hantu tetek.ntah ade tak hantu tetek tu yea.nak tengok sangat rupa hantu tetek tu.aku rela kene sorok ngan hantu tetek.hihihi


tapi kat johor penggunaan perkataan kopek sangat meluas.budak budak pun gune orang tua, hatta pak imam pun.sebabnye, bagi kami kopek bermaksud buka.

contoh penggunaan ayat :

"bapaknye, kopekkan buah durian ni, saya nak buat bubur, awak kan suka."

" amat kopekkan plastic jajan ni aku sayang kuku"


can you see that?


jadi, jangan terkejut la kalu terdengar ayat ayat sebegitu kalu angpa turun johor.chill ok, chill.




p/s pagi pagi aku dah sangap..

Sunday, July 17, 2011

supreme sunday orang bujang

bismillah

halooo..salam nifsu sya'aban semua..nifsu tu maksudnye separuh..dan takde kaitan lak dengan ahmad nifsu kat dalam citer p. ramlee tu.

disebabkan aku orang bujang yang ditinggalkan (loser) ditinggalkan mean dats my sis and family pi banting, aku tak ikut dengan alasan nak buat keje sket padahal aku nak konker tivi.hahaha..

lets start from beginning which is my breakfast for today is:

macaroni goreng yaw!
(aku yang menggoreng)
 
 
after bersarapan marilah kiter memulakan kerja rumah seperti:

menjemur kain di pagar



before nak amek lunch dan disebabkan aku dalam 14 days challenge,marilah kita minum air limau nipis tanpa gula.ehehehe..good for nak kempiskan perut dan membuang lemak degil.


ni la rupa limau nipis tu.





my lunch for today is :





tada....megi saja.dah kate orang bujang kan. cukuplah tu. megi ngan cili ngan teluq se.


memang syok makan megi sambil tengok melodi. tengah syok tengok melodi, ade citer pasa dia ni :





abanggggggggggggggggggggg TAM. relaku pujuk bangggggggggggggggggg.



mata kat tivi, tangan mencedok mee, bila tengok mangkuk tinggal yang ini:



erkkk..alhamdulillah


oh tak kenyang lagi.apa kata makan ni plak:

ehehe,dessert.hahaha



lepas makan harus la kita baca doa abes makan.barula kita tak share ngan setan..alamak langit macam mendung, nak pi angkat kain ni.daaaaaaaaaaaaa.





p/s feeling that i'm the owner of the house!

Saturday, July 16, 2011

santai sabtu

bismillah.


halo! welcome Saturday yang amat amat dinatikan.huaaarrrggghhhh..macam nak tuju lagu la.jom nyanyi sesama.."kamon........".okey.sudah.serius ok.mulut harus muncung.hahaha.


hari sabtu hari cuti.hari cuti masa dengan family.tali yang tegang dilonggarkan, tali yang putus dicantumkan.bila semua ada, macam macam cerita dan jenaka.wats a wonderful family i have.Ya Allah terima kasih.


pagi pagi akak buat heavy breakfast : nasi goreng , mee goreng (diet terpaksa dilupakan seketika)


my bro in law plak sibuk nak buat kepek pisang.aku plak dah terjanji nak tolong.so here a few pict yang dapat aku snap ( walaupun sebelah tangan pegang sudip, sebelah lagi pegang penapes (penapes la kot.aku tibai jea.ala yang ade lobang lobang tu )



u see dats. itu tangan abang ipar aku.



pisang awak di bawa belayar, abes la awak takde pisang dah~~




sudah garing, harus diletak dalam dulang ( etak suratkhhabar atau tisu) untuk mengetos minyak.(kolestrol..kolestrol)




siap sudah..nyum nyum~~~


akak aku pula buat...apentahnamenye.hahaha..tkpe tkpe, aku letak pict korang teka ok..




dalam ni ade durian perak, harus yea durian perak, santan, gula, pastu godak..sedap makan dengan pulut, akak aku katela, aku tak penah makan.hahahaha.



aku? aku buat ape? aku kan photo taker, so aku snap pict ajela.hahahaha.

Wednesday, July 13, 2011

diet # 1 : mari makan epal

bismillah


kalau korang perasaan, sejak dua menjak entry aku ni asik cakap pasal diet aje kan.-_-"


kali ni pun aku cakap pasai diet sebab aku sedang menjalani 14 days challenge yaw..so, dengan baik hatinya aku nak share la sikit tips tips diet semudah 1, 2, 3, nih.


As you know, badan kita memang memerlukan air, sebab itu kita di saran minum 8 gelas air putih sehari. 8 gelas air putih, bukan 8 gelas air ribena wawa.(aku dah melalut).


apa yang kita tak perlukan adelah LEMAK hatta LEMAK TONGKENG pun.so aku nak share skit kata sharing is caring kan tips tips untuk menyusutkan lemak yang terkumpul di perut, lengan, peha dan kawasan kawasan sewaktu dengannya.


tips ni agak costly sikit (bagi aku, sebab aku kan kedekut)ok..ok..seriyes ok..


kamu harus/wajib/mesti makan 3 biji epal sehari.


diet ini terbukti kerna diilhamkan oleh pakar pemakanan berdaftar Tammi Flynn.30 minit before korang amek sarapan, makan tengahari n makan malam kunyahlah sebiji epal dulu.ala lupalah tu, nabi kan dah ajar, before nak melantak harus makan buah dulu donk.kang malam malam bila lapar, ambil segelas susu rendah lemak.

apple yang disarankan adela washigton apple sebab :


  • Pokok-pokok disuburi air glasier jernih dari Pergunungan Cascade. Malah, antara penyebab utama Washington Apples begitu berkhasiat adalah kerana 80% jisim epal mengandungi air.
  • Pokok tumbuh di tanih lahar subur.
  • Pokok dibelai di persekitaran kering yangmenghindarkan serangga dan penyakit. 




bergaya memakai kebaya di hari raya pertama.cool!

p/s bersedia untuk bercinta balik

Tuesday, July 12, 2011

informasi # 2 : period calculator

bismillah


Umum wanita akan mengalami " datang bulan " pada setiap bulan. sebelum " datang bulan " itu datang, para wanita akan mengalami sedikit gangguan emosi seperti : nak marah2, emo2, tetibe meroyan dan mengidam yang bukan bukan  (betul la aku cakap).

jika anda adalah wanita yang careless, dimana masa cikgu sains form 3 anda mengajar, anda plak sibok mengajar kawan anda cara cara nak ponteng kelas macam aku, maka tidak la kamu tahu gimana donk  mau mengira period kamu yang akan datang macam aku.sebabnya bila tang soklan ni kuar exam, mesti aku salah.macam cibai.


sekali lagi, ape guna internet yang bos kita langgan kalu kita tak guna betul betul kan.


pada mereka yang memang tak tau nak kira period sendiri (tapi ko kene tahu bila last period kau, kalu tak sia sia sajalah aku ajau kau.kurang ajau.)ala masa first period tu kau catatla kat kalender.

pegi laman web ni:


http://www.justmommies.com


laman web ni sebenarnya berkaitan dengan mommy wannabe,so banyak info info yang bagus tuk bakal bakal ibu.tapi disebabkan aku ni masih anak dara, so aku carik yang berkaitan sajalah iaitu : period calculator.


pegi carik sampai kau jumpe page yang macam ni.exactly macam ni.









kat situ kau kene letak kau punya last date period kau, jangan plak ko letak besday kau.pastu click date of next period.pastu tadaaaaaaaaa. kuar la date of next period kau.


para suami pun dinasihatkan untuk mengambil tau hal ini, sebab senangla kau tau bila waktu subur binik kau.tu pun aku nak ajau jugak ker???










Monday, July 11, 2011

the result

buat kamu yang mengikutiku, kamu harus tau yang 7 days challenge berakhir semalam.ya sudah tamat.officially.

(kalu kamu perasan, aku suka cakap terbalik balik macam keling)

so dengan jayanya saya sudah loss 2 kilos in 7 days.


Dan secara rasminya hari ini saya akan memulakan cabaran baru iaitu 14 days challenge.

so i hope that i will achieve the target and i can loss 5 kilos.maybe.pray for me ok.ehehehe.

Saturday, July 9, 2011

sebelum dan selepas

bismillah


mempunyai rupa paras yang tak berapa nak market biasa biasa membuat kan aku rasa mahu kelihatan cantik.Dan sebagai wanita (aku rasa cam tak sesuai plak panggil wanita) ok aku tukar.dan sebagai perempuan ( dah macam perempuan jomblo) eh ape apelah. (pegi terus main point ajela yea) wanita dan alat mekap memang tak bole dipisahkan. betul la aku cakap. pengkid kawen pun pakai mekap.


dan aku bukan nak tunjuk cara cara nak mekap cuma aku nak tunjuk sebelum dan selepas aku mekap.




sebelum mekap




 betul la tak mekap..aku pakai bedak johnson aje








selepas aku mekap



.


apa yang sama? senyuman aje kan..korang nak tau kenapa aku senyum macam tu..nati aku citer yea..aku jarang senyum nampak gigi...damu sara pantang tengok cikda mekap..tak nak turun dah lepas tu..melekat aje..






(kenapa aku rasa muka aku cam bapok lepas mekap??????)





p/s kecantikan adelah hak milik setiap insan.

dedicate #1 madu dan racun

bismillah

















semat dalam jiwa kamu. cikda sayang kamu.

review # 1

bismillah

7 days challenge berakhir esok.dan aku berdebar debar dengan hasilnya.HAHA.


sebelum aku menimbang esok.meh la aku review sikit sikit.

secara luarannya aku terasa badan sedikit ringan dan tak termengah mengah bila aku terpaksa menjadi babysiter sara.itu budak suka sangat ajak aku bermain.main kejar kejar pun jadikla.kalu tak dilayan mau dua lagu ditariknya sambil goleng goleng macam orang kene bantai dengan tali pinggang.walaupun aku mengah tapi dia tak peduli.yang penting dia lari dan aku harus kejar.mindset dia agaknya.


secara dalamannya plak hmm nati aku scan dan bgitau hasilnya.sabar.sabar itu separuh dari iman.sebahagian mungkin.


dan jangan risau nati aku snap pict kurus aku sebab aku da ada kamera baru.

Tuesday, July 5, 2011

7 days challenge

Dalam godek godek google nak cari maklumat pasal "what the hots now" aku pun terjumpe la satu benda nih.kelas pagi dah abes, petang plak takde kelas tu yang layan sambil berangan.hahaha..


Dalam banyak banyak  pencarian keilmuwan aku, benda yang selalu aku taip kat google search tu adalah " cara nak kurus ", " senaman bole menguruskan badan " "resepi kurus" dan banyak lagi yang pentng ade perkataan "kurus".hahaha


disebabkan tekak aku sakit (bantai jerit masa tengok bola aritu) aku takleh nak makan bende pedas2 dan minyak2 kan.so aku pun decide aku nak makan sup ajela.sup yang terpilih adelah sup sayur.ringkas dan murah.


Ape gune internet kalu tak google resepi kan.so dengan kelajuan yang minimum, dapatla aku cilok satu resepi ni, yang bestnye at the same time bole kurus.APE?ya bole kurus yaw.Disebabkan aku agak obses ngan perkataan kurus ni, ape kata aku take the challenge.


daripada hari pertama sampai la hari ke tujuh.


sekarang ni, aku berada di hari yang kedua.(kedengaran agak skema ayat disitu)tinggal lagi 4 hari.hahahahahhahahahahaha(ketawa jahat hantu puaka)


mengikut apa yang dikata, hari ketiga akan kehilangan sebanyak 2 kilogram.


tanpa rasa lapar dan mulut penuh mengunyah sambil mengumpat.


resepinya nati aku revealnye.ala tak pun korang taip aje resepi sup sayur diet.kuar punye.pandaila incik google tu carik.da keje dia dak..


dah...dah...gua mau beradu...raya kang bolelah gua sarung kebaya...

Monday, July 4, 2011

musibah yang aku terima setelah nikmat di beri di salah guna

sakit.perit.

salah aku.memang salah aku.

terjerit jerit.

salah aku.memang salah aku

 terjerit jerit di waktu maghrib

nah,amek kau.

balasan tuhan.untuk kau.

amek.kau.rasakan.